Doa agar keluarga mentaati perintah Allah s.w.t

Ramai para pembaca blog ini menghantar email kepada saya mengadu masalah yang pelbagai. Paling banyak ialah email berkaitan masalah rumahtangga.

Para isteri menghantar email mengadu tentang suami mereka. Suami tak solat, suami ego, suami panas baran, suami tak tunai nafkah dan macam-macam hal lagi.

Ada juga suami yang hantar email meminta jampi @ doa pengasih untuk lembutkan isteri yang suka melawan.

Manakala, para ibu ayah pula, hantar email minta diajarkan doa yang dapat melembutkan hati anak-anak mereka yang tak dengar kata.

Pendek kata, ada macam-macam permintaan yang diajukan kepada kami di Penghayatan ini.

Semua ini, pada saya, menunjukkan institusi kekeluargaan di Malaysia sedang mengalami masalah-masalah yang begitu kritikal.

Rumah-rumah kini sudah tidak lagi menjadi ’syurga’ buat suami/isteri. Konflik dan pertembungan suami isteri berlaku setiap masa dan ketika. Hingga kedua-dua suami dan isteri tidak lagi merasa bahagia. Hiduplah mereka penuh tertekan dan kecewa.

Bagi yang ada anak, lain pula masalahnya. Ramai anak yang degil dan tak mahu dengar kata. Pantang ditegur, pasti dibalas dengan kata-kata keras dan menyakitkan jiwa. Ibu bapa merasa gagal tunai tanggungjawab dan hampa tidak terkata.

Mengapa semua ini terjadi? Di mana silapnya? Apakah jalan penyelesainnya.

Jadi tidak hairanlah, kami menerima pelbagai email aduan itu dan ini.

Tolonglah ajarkan saya satu petua atau doa yang dapat menyelesaikan masalah saya…! Saya dah buntu dan tak tahu nak buat apa!

Itulah antara luahan dan permintaan yang biasa kami terima.

Untuk makluman semua, Penghayatan bukanlah pakar kaunselor atau problem solver. Kami sekadar berkongsi ilmu @ info yang ada saja. InsyaAllah setakat yang kami boleh bantu, kami bantu.

Baiklah, bagi menunaikan beberapa hajat @ permintaan dari pembaca blog ini, saya kongsikan 1 petua atau doa yang sangat-sangat baik untuk diamalkan. Doa ini ialah supaya pasangan anda (suami atau isteri) atau anak-anak anda menjadi seorang yang taat kepada Allah.

Kalau suami @ isteri @ anak anda keras kepala ker, ego tinggi ker, malas (atau tak mahu) solat 5 ker, maka saya sangat-sangat menyarankan kepada anda untuk amalkan membaca ayat di bawah ini sebagai doa dengan istiqamah (secara berterusan).

surah ar-rum ayat 31

Maksudnya:

“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar Rum:Ayat 31)


Cara mengamalkannya ialah :

  1. Baca lah ayat ini (sebagai doa) sebanyak 33 x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
  2. Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.

InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s