3 Jenis Sunnah Nabi Yang Perlu Anda Ketahui

OK, dalam entri kali ni, saya nak kongsi satu ilmu tentang sunnah nabi sollallahu’alaihi wasallam.

Apakah yang anda tahu tentang sunnah?

Tahukah anda, sunnah boleh dipecahkan kepada 3 jenis?

Apakah 3 jenis sunnah nabi sollallahu’alaihi wasallam itu?

sunnah nabi

3 Jenis Sunnah Nabi Yang Perlu Anda Ketahui

1) Sunnah SURAH : iaitulah fizikal atau luaran nabi seperti rambut nabi, janggut nabi, pakaian nabi, serban nabi, shawl nabi, selipar nabi, celak nabi dan sebagainya.

2) Sunnah SIRAH : iaitulah aktiviti harian nabi dari bangun tidur sampai tidur balik seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara berjalan, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, cara berisitinjak, bacaan quran nabi, solat nabi, qiamullail nabi dan lain-lain lagi.

3) Sunnah SARIRAH : iaitulah perkara spiritual atau dalaman nabi seperti zikir nabi, pedih hati nabi, tangisan hati nabi, kerisauan nabi terhadap ummat, kepedihan hati nabi melihat kerosakan ummat, kebencian nabi terhadap kemungkaran dan lain-lain lagi.

Menurut ustaz Ibnu Battoota, Sunnah Surah (cara nabi sollallahu’alaihi wasallam BERPAKAIAN) adalah amalan sunnah PALING SUSAH diamalkan pada masa kini. Sebabnya ialah kerana majoriti ummat Islam hari ini lebih selesa mengamalkan pemakaian orang-orang kafir dan mengikuti cara orang Yahudi berpakaian.

Sedangkan orang yang mengamalkan sunnah surah contohnya orang yang sentiasa memakai jubah dan serban (yang menjadi kebanggaan Nabi sollallahu’alaihi wasallam) dianggap aneh, pelik, kolot dan ketinggalan zaman.

Subhanallah, tidak hairanlah Nabi sollallahu’alaihi wasallam pernah bersabda bahawa siapa yang dapat amal sunnah di akhir zaman, maka dapat pahala seratus orang yang mati syahid.

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah ku, ketika berlakunya pelbagai kerosakan pada ummatku (akhir zaman), maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi)

Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya : Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Subhanallah. Maha Suci Allah. Besar sungguh ganjaran bagi mereka yang dapat amalkan sunnah di akhir zaman ini.

Semoga kita sama-sama dapat cuba untuk mengamalkan sunnah seberapa banyak yang mungkin, dengan istiqamah.

One thought on “3 Jenis Sunnah Nabi Yang Perlu Anda Ketahui

  1. Pingback: Sunnah surah, sirah dan sarirah | thecuriousbystander

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s