Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih : Tasbih ialah mengakui kesucian Allah s.w.t. daripada segala yang layak bagiNya.

Solat ini dikerjakan samada di waktu siang atau malam dengan jumlah rakaat semuanya 4 rakaat. Jika waktu siang dikerjakan 4 rakaat satu salam, dan jika malam dikerjakan dengan 4 rakaat 2 salam. Solat ini amat digalakkan supaya kita mengerjakannya, seboleh-bolehnya setiap hari atau jika tidak mampu sekali seminggu atau jika tidak mampu sebulan sekali. Paling malas setahun sekali.

Hikmat solat ini akan diampunkan dosanya yang dahulu dan kemudian, yang terlanjur atau yang disengajakan, yang nyata atau yang tersembunyi oleh Allah (s.w.t.).

Lafaz niatnya waktu siang:

أصلى سنة التسبيحِ أربع ركعات لله تعالى

“sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah taala”. (di waktu siang),

atau di waktu malam :

أصلى سنة التسبيحِ ركعتين لله تعالى

“Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taala” (di waktu malam).

Bacaan surah selepas fatihah boleh dibaca sebarang surah yang pendek atau panjang. solat Tasbih agak panjang kerana dibaca doa tasbih ditempat-tempat tertentu sebanyak 75 kali setiap rakaat dan keseluruhan jumlah tasbih dalam empat rakaat 300 kali (75 X 4 = 300), Jika tertinggal atau ragu-ragu berlaku kekurangan mesti ditambah di mana-mana tempat di dalam solat tersebut.

Doa tasbihnya ialah :

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر


ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

“Subahanallah, wal hamdulillah, wa laa ilaaha illallah, wallahuakbar, wala haula wala quwwata illa billaahil ‘aliyyul ‘aziim”.

Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala puji hanya bagi Allah dan tidak ada tuhan yang lain melainkan Allah dan Allah yang Maha Besar, dan tiada daya dan upaya dan tiada kekuatan (yang boleh mengatasi kekauatannNya) melainkan Allah yang maha Tinggi dan maha Agung”

Cara melakukan solat tasbih.

Rakaat Pertama :
Selepas Fatihah : baca tasbih 15 kali;
Rukuk, dalam rukuk selepas doa rukuk: baca tasbih 10 kali;
Iktidal sebelum sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud pertama, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Duduk antara dua sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud kedua, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Istirahat sebelum bangkit rakaat seterusnya : baca tasbih 10 kali;

Rakaat kedua :
Selepas Fatihah dan baca surah : baca tasbih 15 kali;
Rukuk, dalam ruku’k selepas doa rukuk: baca tasbih 10 kali;
Iktidal sebelum sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud pertama, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Duduk antara dua sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud kedua, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Sebelum tahiyyat : baca tasbih 10 kali.

Begitulah seterusnya jika solat di waktu siang, ulangi rakaat pertama dan kedua tadi menjadi rakaat ke tiga dan keempat.

Bacaan tasbih selepas Al-Fatihah, boleh juga dibaca sebelum al-Fatihah.

Bacaan Surah.
Rakaat Pertama : Surah at-Takatsur
ألهكم التكاثر……………………الخ

Rakaat Kedua : Surah al-Asr
والعصر إن الإنسان……………الخ

Rakaat Ketiga : Surah al-Kafiruun
قل يا أيها الكافرون…………….الخ

Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
قل هو الله أحد…………………..الخ

Selepas salam bacalah doa berikut:


Maknanya : “ Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon taufiq daripadaMu sepertimana orang-orang yang telah engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti amalan ahli yakin. Dan jadikan kami ini golongan orang-orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang-orang yang suka kepada ibadat orang-orang yang waras.

Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang-orang yang takut kepada engkau.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu, jadikanlah kami golongan yang takut, yang menghalang kami beramal dengan taat kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredhaanmu.

Dan juga kami memohon sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadamu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadapmu. Maha suci Engkau sebagai Pencipta cahaya (petunjuk).”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s